Alhamdulillah, setelah 3 tahun 2 bulan berkelana di bumi kenyalang akhirnya rezeki untuk pindah tiba jua. Dapat panggilan dari KPM, mereka offer aku untuk pilih 3 negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur atau Johor dan pastinya aku pilih Selangor sebab tu yang paling dekat dengan Perak.
Nak dijadikan cerita, aku call KPM semula untuk confirmation dan selagi lagi aku dapat berita gembira, pegawai tu bagitau ada kekesongan di Perak dan dorang tempatkan aku kat Perak. Syukur yang teramat. Penantian untuk kembali berkhidmat di kampung sendiri tercapai. Maklumlah aku dan wife PJJ selama ni. So bila ada peluang macam ni perasaan tu tak boleh nak digambarkan. Nak pulak dah ada anak sorang ni, lagi la rasa syok yang amat.
After surat penempatan tiba, aku dipostingkan di sekolah orang asli di Parit. Alhamdulillah hanya 20minit driving dari rumah aku di Puncak Iskandar ni. Ada yang kata jauh tapi bagi aku 20minit driving ni dekat sangat kalau nak compare masa aku posting di Lubok Antu dulu. Bayangkan aku driving hari-hari pergi balik 160km sehari sebab rumah sewa aku kat Sri Aman. Nak duduk Lubok Antu tak berapa nak layan sangat sebab member2 duduk Sri Aman. Lega la sekarang ni. Nak pulak sekolah sekarang ni mula pukul 8pagi jadi tak da lah nak rushing sangat pagi-pagi. Syukurrrr...
Akhirnya kami dapat la tinggal sebumbung as asben and wife di rumah baru kami. Rasa lengkap lah kehidupan rumah tangga bila dah duduk sekali ni. Paling penting masa balas balik menjaga anak perempuan aku ni, Eryna Safiya. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment