Powered By Blogger

Sunday, March 6, 2016

2016 Sebuah Permulaan Baharu

Bismillah..

2016

Wednesday, June 11, 2014

Pertukaran Khas Guru

Alhamdulillah, setelah 3 tahun 2 bulan berkelana di bumi kenyalang akhirnya rezeki untuk pindah tiba jua. Dapat panggilan dari KPM, mereka offer aku untuk pilih 3 negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur atau Johor dan pastinya aku pilih Selangor sebab tu yang paling dekat dengan Perak.

Nak dijadikan cerita, aku call KPM semula untuk confirmation dan selagi lagi aku dapat berita gembira, pegawai tu bagitau ada kekesongan di Perak dan dorang tempatkan aku kat Perak. Syukur yang teramat. Penantian untuk kembali berkhidmat di kampung sendiri tercapai. Maklumlah aku dan wife PJJ selama ni. So bila ada peluang macam ni perasaan tu tak boleh nak digambarkan. Nak pulak dah ada anak sorang ni, lagi la rasa syok yang amat.

After surat penempatan tiba, aku dipostingkan di sekolah orang asli di Parit. Alhamdulillah hanya 20minit driving dari rumah aku di Puncak Iskandar ni. Ada yang kata jauh tapi bagi aku 20minit driving ni dekat sangat kalau nak compare masa aku posting di Lubok Antu dulu. Bayangkan aku driving hari-hari pergi balik 160km sehari sebab rumah sewa aku kat Sri Aman. Nak duduk Lubok Antu tak berapa nak layan sangat sebab member2 duduk Sri Aman. Lega la sekarang ni. Nak pulak sekolah sekarang ni mula pukul 8pagi jadi tak da lah nak rushing sangat pagi-pagi. Syukurrrr...

Akhirnya kami dapat la tinggal sebumbung as asben and wife di rumah baru kami. Rasa lengkap lah kehidupan rumah tangga bila dah duduk sekali ni. Paling penting masa balas balik menjaga anak perempuan aku ni, Eryna Safiya. Alhamdulillah.

Sunday, May 8, 2011

Detik Perkenalan....

ok, ramai yang bertanya-tanya macam mana aku boleh kenal dengan cik tunang aku ni. Siyes ni kire aku cite ni eksklusif dlm blog ni jek.. haha.. bajet pulok.. Act, perkenalan aku dengan cik tunang aku ni bermula di alam maya. Secara directnya aku akui aku memang attach cik tunang ni dalam FB. Kelakar? Nampak macam kelakar, tapi aku rasa jadoh tu ada di mana-mana. Cara pertemuan tiap jodoh pon berbeza-beza. Tapi aku tak nafikan mungkin ramai jugak yang buat macam aku ni. hahaha....

1st aku tengok cik tunang ni dalam FB, masa tu aku ngah ushar satu page ni. Ada pertandingan shawl rasenya. Then cik tunang tu merupakan salah seorang dari contestant (betol ke aku eja ni)... sekali pandang memang aku dah rasa semacam jek (jgn pikir lain :p). So bila perasaan aku dah jadi lain ni, aku try la add dengan harapan cik tunang ni approve. So bila dah approved senang la aku nak ayat. hahahaa.. keji..

Dan dengan tak disangka, dia approved. Cepat lak tu. Macam tau2 jek aku nak die cpt accept fren request aku. hahahaha... so aku try tegor dlm chat FB tu. Dia layan, so aku direct cakap nak kawan ngan dia. Dia warn aku tuh cakap juz fren je. perghhh jual mahal. haha.. aku malas terus layan. Try ushar2 awekz lain. kah3 padan muka.

Nak jadikan cite, seminggu lepas tu aku chat lagi, saje la kan. gedik pulak nak chatting. Then dia layan baik pulak. So bila dah mcm ok n mesra dlm chat tu kami mula tuka2 no. HP. HAH! dah dapat no HP nak tunggu ape lagi aku topup la. hahaha.. try msg dulu. Aku tak de nak call pon. so bermula la episod mesej memesej kami. Makin lama mesej makin rasa rapat n selesa. 1 day tu aku try call. hehe.. Malu la pulak. Cover2 jek cakap dalam HP. EH jap, kaver ke? rasenye tak kot. Sebab tym tu juz nak berkawan jek. Tapi cik tunang pon layan baik punye. Aku pon tersangkut lebey laaa... hahaha..

So cukup kot la kan kisah macam mane aku kenal cik tunang aku ni. Siyes rase macam lawak pulak kenal dalam FB ni. Next tym aku cite our 1st date lak. Adios.

Wednesday, May 4, 2011

Aku Cikgu Muda

olrite.. pejam celik pejam celik, pejam pejam pejam celik dah hampir genap 3 bulan aku menetap di SARAWAK ni. Masa mula-mula dapat tau kena posting kat SARAWAK ni mmg agak sedih. Nak nak bila aku call JPN SARAWAK, nak tanya penempatan aku, dorang cakap aku di tempatkan di SK SKAROK. SK SKAROK? aku dengar nama pon aku dah bayangkan tempatnya macam mana. Tapi untuk kepastian, aku tanya daerah mana, bape jam dari Kuching International Airport (KIA), pengangkutan cmne.

Rupa-rupanya, SK SKAROK ni terletak di daerah LUBOK ANTU. Tau? mesti tak tau kan.. so sekolah tempat aku dipostingkan ni pon terletak di bawah seliaan PPD LUBOK ANTU. So bila aku tanya bape jam perjalanan, dorang cakap about 4 hours jgk la. Then paling cepat 3 hours n half. Aku pon lega la sikit, nak nak sekolah aku ni rupenya bukan terletak di pedalama. Juz sekolah LUAR BANDAR dan SEKOLAH KURANG MURID (SKM).

KPM bagi aku tiket flight bertarikh 7hb Feb 2011. flight pagi. naik MAS dari KLIA. masa kat KLIA tu takde yang aku kenal. tapi tegur-tegur la yang sekapal ngan aku. Kena pakat wat geng la dah duduk jauh ni. kalau ikot kan belon MAS ni mmg la sedap, siap MEAL n screen bagai tapi hati ni tetap berat jugak nak tinggalkan semenanjung. huhuhuhu....

Dalam 1 jam 40 minit belon mendarat kat KIA. Takde la lame mane naik flight tu kalo nak compare dengan flight ke SABAH. Sampai je wakil PPD LUBOK ANTU dah siap tunggu. Nak kencing pon tak sempat, apetah lagi nak makan. Terus dorang hambat naik bas yang dah ready tunggu. hampehhhhh...

Dalam 2 jam setengah, bas tu behenti kat simpang TEMUDOK, masa mula-mula sampai tu nama simpang tu pon aku tak tau.. haha.. dah la suh aku dan 5 orang lagi geng LUBOK ANTU turun, sebab bas tu nak terus bawak geng2 BETONG. Dengan tak tau ape mende, terkial-kial jek kat simpang tu. Dah macam orang sakai jek. Dengan pakai kamejenya. Orang siap pandang-pandang, mesti dorang cakap apekehe la budak2 ni. hahaha..

nak di pendekkan cerita, wakil PPD datang amik dgn 2 bijik kereta. Kami di suruh menginap di hotel Houvier 1 malam, sok pagi baru gerak ke sekolah, wakil guru besar amik. So bermalam la aku kat SRI AMAN tu. Alasannya dorang nak suruh settlekan hal-hal gaji. Tapi aku awal-awal dah settlekan kat rumah. SENANG.

besok paginya, PK 1 skolah aku datang dgn PK KOKU. Awal datangnya, terkemut-kemut aku brekpes. hemapehhh... sejam perjalanan dari SRI AMAN sampai aku kat skolah. 1st tym tengok skolah mmg la haru biru. bese la skolah2 kat SARAWAK ni. nak nak kat luar bandar, bayangkan kalo pedalaman macam mane kan.

Ape pon aku bersyukur la dapat sekolah ni, at least aku tak perlu naik bot, nak hadap boye2 tu.. tak kuase aku.. hohohohoho... so dah 3 bulan aku berkhidmat kat SKAROK ni. Mengajar macam bese la, juz budak-budak sini jenis cepat lupa. tak boleh nak ajar yang advance2 sangat.huhuhu..

to be continued.....